Monday 26 September 2011

Sistem Anti Anai-anai @ Anti-Termite System

Sistem Umpanan Anai-anai atau Termite Baiting System sangat berkesan mengawal pembiakan Anai-anai di kediaman atau bangunan anda.
Mesti anda hairan mengapa Sistem Anti Anai-anai @ Anti-Termite System ada 2 cara iaitu;
a. Corrective Treatment Anti-Termite











b. Termite Baiting System










Soalannya yang biasa pihak kami terima :
1. Apakah perbezaannya kedua-dua sistem?
2. Manakah yang sesuai?
3. Manakah yang lebih efektif?

Jawapannya :
1. Apakah perbezaannya kedua-dua sistem?
Termite @ Anai-anai boleh merosakkkan kemudahan dan kelengkapan harta benda anda. Termite @ Anai-anai adalah bukan perosak yang merbahaya kepada manusia, akan tetapi sifat asasnya hidupnya adalah memakan bahan berunsur kayu sebagai sumber makanannya. Termite @ Anai-anai oleh itu, kawalan perlu dilakukan untuk pencegahan serta pencegahan supaya perkembangan Termite @ Anai-anai dapat dibantutkan atau dihapuskan mengikut koloni atau kumpulan tertentu.


1. Corrective Treatment Anti-Termite @ Rawatan Tanah Anti Anai-anai
Kaedahnya sangat berkesan untuk mengawal pembiakkan Termite @ Anai-anai daripada terus merebak serta berkembang menyerang kawasan kediaman @ bangunan. Lantai kediaman @ bangunan akan ditebuk mengikut jarak yang telah ditetapkan. Setelah ditebuk, lantai akan ditampal. Lantai akan mempunyai kesan ditebuk dan warna berlainan daripada yang asal. Kebarangkalian warna lantai yang telah ditampal adalah lebih kurang sama hanya lah 50%-60% sahaja. Pelbagai jenis racun yang akan disyorkan kepada pelanggan oleh syarikat kawalan makhluk perosak. Antara racun yang kebiasaan yang diguna pakai adalah seperti racun jenis Chlorpyrifos atau Imidacloprid. Wakil syarikat kawalan makhluk perosak @ pest control akan memberikan pilihan @ option sama ada racun yang anda mahukan. Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan racun seperti jenis Chlorpyrifos atau Imidacloprid. 


2. Termite Baiting System
Kaedah ini juga sangat berkesan untuk kawalan pembiakkan atau perkembangan Termite @ Anai-anai. Kaedah ini tak memerlukan masa yang panjang seperti cara Corrective Treatment Anti-Termite @ Rawatan Tanah Anti Anai-anai. Kawasan yang telah diserang atau dimakan oleh Termite @ Anai-anai yang aktif akan diletakkan Sistem Umpanan @ Baiting System. Lantai kediaman @ bangunan anda selamat daripada ditebuk dan tiada kesan tampal yang telah dibuat lubang.


2. Manakah yang sesuai? 3. Manakah yang lebih efektif?
Kedua-dua nya adalah sangat berkesan dan sangat efektif, terpulang kepada anda pilihan mana yang rasa sesuai dan memudahkan pihak anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami di talian

Consultant : AMIR
016-338 0960