Friday 21 October 2011

ANAI-ANAI MASIH AKTIF, TREATMENT SUDAH BUAT, MACAM MANA?

Asslamualaikum wbt dan selamat petang.

Hari ini, saya ingin berkongsi cerita berkenaan masalah "ANAI-ANAI MASIH AKTIF, TREATMENT SUDAH BUAT, MACAM MANA?"..

Ada kala nya masalah ini berpunca daripada :
1. Supplier / syarikat yang jalankan rawatan tersebut.
2. Pemilik bangunan.
3. Alam semula jadi.

1. Supplier / Syarikat
Pihak yang menjalankan rawatan itu tidak melakukan kerja-kerja dengan jujur. Faktor-faktor nya berkemungkinan besar pelanggan ingin services tersebut, tetapi dengan harga yang rendah. Oleh kerana wakil syarikat (pemasaran) mempunyai visi dan sasaran jualan, wakil syarikat bersetuju dengan jumlah harga yang telah dirunding oleh pihak pelanggan dengan wakil syarikat. Berkemungkinan juga harga yang telah dipersetujui itu  atau yang telah ditawarkan bahan kimia ( racun perosak anai-anai) di tukar jenis produk nya tanpa pelanggan ketahui. Kebiasaan nya harga yang ditawarkan telah mengambil kira keuntungan dan komisen wakil syarikat minima sekurang-kurangnya 30% daripada harga yang asal yang telah ditawarkan.

No comments:

Post a Comment