Thursday 10 November 2011

MENGHADAPI MASALAH PEROSAK - TIKUS

Assalamualaikum dan Selamat petang!!

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai pengendali racun makhluk perosak.

Berikut contoh aduan dan cara penyelesaiannya :

Pelanggan bernama EN AZLI telah mengadu berkenaan masalah perosak iaitu TIKUS di rumahnya.

Mari kita bersama-sama menyelesaikan masalahnya.
1. Mengenal pasti jenis tikus.
2. Tandanya / jejaknya
3. kawasan terlibat.
4. anggaran jumlah tikus.


TINDAKAN RAWATAN :
1. Mengenal pasti jenis tikus.
- En Azli memaklumkan, tikus itu memanjat kayu struktur bangunan dan ada pergerakkan di siling rumah.

2. Tandanya / jejaknya.
- Ada tanda atau kesan seperti najis tikus, 10-15 ketul
- Kesan pergerakkan tikus di kabel elektrik.

3. Kawasan terlibat.
- En Azli pernah terlihat kelibat tikus di bawah peti ais, dibawah meja sinki, dan laci tempat memasak.

4. Anggaran jumlah tikus
Kesimpulan :
- Melebihi 4 - 5 ekor
- Jenis tikus bumbung
- Tempoh kawalan minimum 6 bulan.

KAEDAH RAWATAN : Pencegahan dan penggunan racun perosak.

1. Menutup lubang laluan tikus
2. Memasang gam papan


Sekiranya tiada tindakbalas-tikus masih aktif :
1. Memasang umpan racun
2. Menabur serbuk racun.
3. Semburan kabut.

PESANANA SAYA :
" SEBUTHARGA YANG RENDAH BUKAN PENYELESAIAN NYA, PENYELESAIAN PERLU ADA TELITI DAN KEPAKARAN SEBENAR"

SELAMAT MENCUBA!!

AMARAN : SEBARANG PENGGUNAAN RACUN PEROSAK PERLULAH DILAKUKAN OLEH OPERATOR YANG BERTAULIAH N atau ORANG PERSEORANGAN atau SYARIKAT YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment